Tuesday 10 September 2013

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Reka bentuk pengajaran dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu model berorientasikan bilik darjah ,model berorientasikan produk dan model berorientasikan sistem, Gustafon (1991) . Namun begitu,  asas-asas yang digunakan untuk membina sesuatu reka bentuk pengajaran adalah sama iaitu menentukan keperluan pelajar, menentukan objektif dan matlamat, membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai keseluruhan sistem. 




Model ASSURE

Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah. Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah  :-

A - Menganalisis pengguna (Analyze Learnes)
S - Menyatakan objetif (State Objectives
S - Memilih kaedah,media dan bahan (Select Methods. Media & Materials)
U - Menggunakan media dan bahan (Utilize  Media  & Materials)
R - Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E - Melakukan penilaian dan pengubahsuaian  (Evaluate & Revise)



1. Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)

Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangun perisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun  perisian juga perlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.


Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:

i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan uji bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengguna perisian dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.


ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada yang sama. 


iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail      
pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas 
dengan persekitaran yang memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).


2. Menyatakan objektif (State Objectives)

Pembangunan perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Objektif ialah perubahan tingkahlaku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangunan perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut :-

i. Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.
ii. Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkahlaku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.



3. Pemilihan kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)

Dalam langkah ini pembangunan perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian denagan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangunan perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangunan perisian seharusnya merancang bahan serta  kaedah penyampaian  yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

Memilih kaedah bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat.Pembangunan perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran, pembangunan perisian multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangunan perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangunan perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

Media bermaksud perantara. Memilih media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu :-

a)  Media sedia ada

     Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan 
     sahaja.

b)  Media dibina

      Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah  :-
      i- Sesuai dan sepadan dengan kurikulum.
      ii- Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa.
      iii- Dapat memotivasikan pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar.
      iv- mempunyai maklumat yang tepat  berkualiti dan terkini
      v-  Mempunyai aspek teknikal yang berkualiti
      vi- Mempunyai aspek nilai murni
      vii- Dapat merangsang daya pemikiran



4. Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digynakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.



5. Penglibatan pelajar (Require learner Participation)

Penglibatan pelajar yang aktif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bgi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarikminat pengguna. Pembangunan perisian perlu memerhati, berbincang serta dapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.



6. Penilaian dan pengubahsuaian

Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinila,  proses penilaian juga membolehkan  pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek  :-

i Menilai kepuasan pengguna 
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pembelajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan



Disediakan oleh :-

Roshani bt. Muda
730130115418

Sumber  :- cikguwandhia.blogspot.com 



  




No comments:

Post a Comment