Saturday 5 October 2013

Rekabentuk Mesej

Dalam reka bentuk pengajaran, media merupakan saluran komunikasi yang penting. Media inilah yang menjadi perantara dalam menyampaikan mesej atau maklumat antara penyampai dengan penerima. Sebarang alat media yang digunakan sama ada dalam bentuk cetak, video, audio atau bahasa dan suara guru sendiri adalah media atau saluran komunikasi yang memungkinkan mesej diterima.


Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.

1. Mesej ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan . Mesej boleh    dalam bentuk maklumat, motivasi, peringatan dan sebagainya.

2. Bentuk mesej merujuk kepada cara maklumat disimpan, mungkin dalam bentuk asli atau yang sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran, bentuk bahasa dan sebagainya.

3. Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej. Alat saluran mesej ini boleh dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Antara alat penyaluran mesej ialah media televisyen, radio, projector overhead, LCD, projector filem dan sebagainya.


Penyampaian mesej yang berkesan melibatkan dua kontinum yang saling bertindak. Memandangkan pengajaran melibatkan penyampaian mesej daripada guru kepada pelajar dan sebaliknya. Pemahaman tentang proses komunikasi adalah penting untuk memastikan penyampaian pengajaran pembelajaran berkesan dapat berlaku.


Guru dan pelajar saling memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan penerima maklumat. Tindak balas, tingkahlaku dan respon pelajar memberikan maklum balas kepada guru sama ada mesej telah diterima dan difahami atau sebaliknya.


Dalam proses pengajaran, reka bentuk mesej adalah penting kerana ia memastikan mesej difahami. Penerima dan pemahaman mesej inilah yang menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Mesej dapat disampaikan melalui pelbagai media. Pemilihan media yang paling sesuai dengan pengalaman pelajar dapat mempercepatkan dan memudahkan penyampaian mesej.


Menurut Edgar Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan. 


Gagne dan Briggs (1974), mengemukakan enam kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media berkenaan. Pemilihan media yang sesuai bagi menyampaikan maklumat atau mesej bergantung pada objektif dan jenis pembelajaran yang dirancang. Enam kategori media tersebut ialah :-

1. Perkataan/struktur bahasa
2. Bentuk bunyi bukan bahasa
3. Perkataan bercetak
4. Gambar statik
5. Gambar bergerak
6. Sampel sebenar

Pemilihan satu media atau gabungan pelbagai media bergantung pada bentuk mesej dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai.



Disediakan oleh :-
Roshani bt. Muda
730130115418



Sumber:-
treebuilder.blogspot.com