Saturday 5 October 2013

Rekabentuk Mesej

Dalam reka bentuk pengajaran, media merupakan saluran komunikasi yang penting. Media inilah yang menjadi perantara dalam menyampaikan mesej atau maklumat antara penyampai dengan penerima. Sebarang alat media yang digunakan sama ada dalam bentuk cetak, video, audio atau bahasa dan suara guru sendiri adalah media atau saluran komunikasi yang memungkinkan mesej diterima.


Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.

1. Mesej ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan . Mesej boleh    dalam bentuk maklumat, motivasi, peringatan dan sebagainya.

2. Bentuk mesej merujuk kepada cara maklumat disimpan, mungkin dalam bentuk asli atau yang sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran, bentuk bahasa dan sebagainya.

3. Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej. Alat saluran mesej ini boleh dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Antara alat penyaluran mesej ialah media televisyen, radio, projector overhead, LCD, projector filem dan sebagainya.


Penyampaian mesej yang berkesan melibatkan dua kontinum yang saling bertindak. Memandangkan pengajaran melibatkan penyampaian mesej daripada guru kepada pelajar dan sebaliknya. Pemahaman tentang proses komunikasi adalah penting untuk memastikan penyampaian pengajaran pembelajaran berkesan dapat berlaku.


Guru dan pelajar saling memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan penerima maklumat. Tindak balas, tingkahlaku dan respon pelajar memberikan maklum balas kepada guru sama ada mesej telah diterima dan difahami atau sebaliknya.


Dalam proses pengajaran, reka bentuk mesej adalah penting kerana ia memastikan mesej difahami. Penerima dan pemahaman mesej inilah yang menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Mesej dapat disampaikan melalui pelbagai media. Pemilihan media yang paling sesuai dengan pengalaman pelajar dapat mempercepatkan dan memudahkan penyampaian mesej.


Menurut Edgar Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan. 


Gagne dan Briggs (1974), mengemukakan enam kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media berkenaan. Pemilihan media yang sesuai bagi menyampaikan maklumat atau mesej bergantung pada objektif dan jenis pembelajaran yang dirancang. Enam kategori media tersebut ialah :-

1. Perkataan/struktur bahasa
2. Bentuk bunyi bukan bahasa
3. Perkataan bercetak
4. Gambar statik
5. Gambar bergerak
6. Sampel sebenar

Pemilihan satu media atau gabungan pelbagai media bergantung pada bentuk mesej dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai.



Disediakan oleh :-
Roshani bt. Muda
730130115418



Sumber:-
treebuilder.blogspot.com



Friday 20 September 2013

MODEL ADDIE


Pengenalan

Model pengajaran ADDIE meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisian.



Langkah-langkah Model ADDIE

Model ADDIE ini terdiri daripada 5 langkah utama :-

A - Analysis (Analisis)
D - Design (Rekabentuk)
D - Development (Pembangunan)
I - Implementation (Pelaksanaan)
E - Evaluation (Penilaian)



ANALYSIS (Analisis)


Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran . Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.




DESIGN (Rekabentuk)


- Merancang strategi dalam membangunkan pengajaran. 
- Menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusun atur pengajaran. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan.




DEVELOPMENT (Pembangunan) 


Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan langkah pengajaran, media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Fasa ini membabitkan proses penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran dan tujuan utama bagi fasa ini adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. 
Pada fasa ini juga rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik direkabentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh melibatkan perkakasan komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta perisian komputer seperti Geometer's Sketchpad dan pengajaran berasaskan komputer.


IMPLEMENTATION (Pelaksanaan)

Fasa ini merupakan fasa yang menjelaskan tentang proses aplikasi untuk kali pertama pengajaran dan penggunaan bahan bantu yang menyokong pembelajaran. Selepas pelaksanaan kali pertama ini, guru boleh membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku, seterusnya melaksanakan kajian tindakan untuk dibuat penyesuaian dan penambahbaikan pada mana-mana bahagian perancangan, bahan bantu atau pelaksanaan sekiranya perlu.


EVALUATION  (Penilaian)

Sebenarnya fasa penilaian berlaku pada keempat-empat fasa terdahulu. Pada setiap fasa (analisis, rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan) akan dibuat penilaian formatif untuk memastikan perancangannya telah dibuat dengan sebaik mungkin. Penilaian sumatif terhadap keberkesanan pengajaran, bahan bantu serta pencapaian objektif khas atau hasil pembelajaran dilaksanakan setelah keempat-empat fasa awal dilaksanakan. Maklumbalas yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik perancangan pengajaran untuk topik yang sama atau berlainan atau untuk pengajaran mata pelajaran lain yang sepadan. Aktiviti dalam fasa penilaian ini meliputi  :-


# Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk memastikan untuk memastikan murid-   murid   dapat melaksanakan tugasan pembelajaran secara optima. Setiap langkah yang dilaksanakan perlu dinilai semula untuk tujuan penambahbaikan.

# Membuat refleksi 



Disediakan oleh :
Suriani bt. Abd. Ghani
731202115148


Sumber :-
www.slideshare.net
shamsina_gurupendidikan islam.blogspot.com










  








Tuesday 10 September 2013

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Reka bentuk pengajaran dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu model berorientasikan bilik darjah ,model berorientasikan produk dan model berorientasikan sistem, Gustafon (1991) . Namun begitu,  asas-asas yang digunakan untuk membina sesuatu reka bentuk pengajaran adalah sama iaitu menentukan keperluan pelajar, menentukan objektif dan matlamat, membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai keseluruhan sistem. 




Model ASSURE

Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah. Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam model ini ialah  :-

A - Menganalisis pengguna (Analyze Learnes)
S - Menyatakan objetif (State Objectives
S - Memilih kaedah,media dan bahan (Select Methods. Media & Materials)
U - Menggunakan media dan bahan (Utilize  Media  & Materials)
R - Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E - Melakukan penilaian dan pengubahsuaian  (Evaluate & Revise)



1. Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)

Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangun perisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun  perisian juga perlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.


Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:

i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan uji bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengguna perisian dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.


ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada yang sama. 


iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail      
pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas 
dengan persekitaran yang memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).


2. Menyatakan objektif (State Objectives)

Pembangunan perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Objektif ialah perubahan tingkahlaku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangunan perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut :-

i. Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.
ii. Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkahlaku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.



3. Pemilihan kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)

Dalam langkah ini pembangunan perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian denagan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangunan perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangunan perisian seharusnya merancang bahan serta  kaedah penyampaian  yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

Memilih kaedah bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat.Pembangunan perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran, pembangunan perisian multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangunan perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangunan perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

Media bermaksud perantara. Memilih media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu :-

a)  Media sedia ada

     Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan 
     sahaja.

b)  Media dibina

      Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah  :-
      i- Sesuai dan sepadan dengan kurikulum.
      ii- Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa.
      iii- Dapat memotivasikan pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar.
      iv- mempunyai maklumat yang tepat  berkualiti dan terkini
      v-  Mempunyai aspek teknikal yang berkualiti
      vi- Mempunyai aspek nilai murni
      vii- Dapat merangsang daya pemikiran



4. Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digynakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.



5. Penglibatan pelajar (Require learner Participation)

Penglibatan pelajar yang aktif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bgi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarikminat pengguna. Pembangunan perisian perlu memerhati, berbincang serta dapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.



6. Penilaian dan pengubahsuaian

Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinila,  proses penilaian juga membolehkan  pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek  :-

i Menilai kepuasan pengguna 
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pembelajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan



Disediakan oleh :-

Roshani bt. Muda
730130115418

Sumber  :- cikguwandhia.blogspot.com 



  




Thursday 5 September 2013

PERANAN DAN KEPENTINGAN


Tujuan utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Mengikut Dick dan Reiser (Wah Wan Ali et al.2008) , pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran, selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya mampu menarik perhatian, mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Perancangan pengajaran yang baik juga dapat menjamin pencapaian objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang.


Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran ialah :-

i. Meningkatkan pencapaian pelajar .
ii. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur .
iii. Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah  
     dicapai.
iv. Membantu dalam proses membuat keputusan .
v. Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi 
    kumpulan yang pelbagai.
vi. Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya , pendidikan jarak jauh.


Disediakan oleh :-
Suriani bt. Abd. Ghani
731202115148


Sumber :- 
treebuilder.blogspot.com     






KUMPULAN 2



REKA BENTUK PENGAJARAN


PENGENALAN

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka bentuk yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian. Oleh itu, perancangan yang teratur, lengkap dan sistematik harus ada untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.


Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008) , reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Seorang pendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran  yang baik dan berkesan.


Disediakan oleh :- 
Suriani bt. Abd. Ghani
731202115148

Sumber :-
cikguwandhia.blogspot.com