Friday 20 September 2013

MODEL ADDIE


Pengenalan

Model pengajaran ADDIE meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisian.



Langkah-langkah Model ADDIE

Model ADDIE ini terdiri daripada 5 langkah utama :-

A - Analysis (Analisis)
D - Design (Rekabentuk)
D - Development (Pembangunan)
I - Implementation (Pelaksanaan)
E - Evaluation (Penilaian)



ANALYSIS (Analisis)


Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran . Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.




DESIGN (Rekabentuk)


- Merancang strategi dalam membangunkan pengajaran. 
- Menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusun atur pengajaran. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan.




DEVELOPMENT (Pembangunan) 


Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan langkah pengajaran, media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Fasa ini membabitkan proses penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran dan tujuan utama bagi fasa ini adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. 
Pada fasa ini juga rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik direkabentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh melibatkan perkakasan komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta perisian komputer seperti Geometer's Sketchpad dan pengajaran berasaskan komputer.


IMPLEMENTATION (Pelaksanaan)

Fasa ini merupakan fasa yang menjelaskan tentang proses aplikasi untuk kali pertama pengajaran dan penggunaan bahan bantu yang menyokong pembelajaran. Selepas pelaksanaan kali pertama ini, guru boleh membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku, seterusnya melaksanakan kajian tindakan untuk dibuat penyesuaian dan penambahbaikan pada mana-mana bahagian perancangan, bahan bantu atau pelaksanaan sekiranya perlu.


EVALUATION  (Penilaian)

Sebenarnya fasa penilaian berlaku pada keempat-empat fasa terdahulu. Pada setiap fasa (analisis, rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan) akan dibuat penilaian formatif untuk memastikan perancangannya telah dibuat dengan sebaik mungkin. Penilaian sumatif terhadap keberkesanan pengajaran, bahan bantu serta pencapaian objektif khas atau hasil pembelajaran dilaksanakan setelah keempat-empat fasa awal dilaksanakan. Maklumbalas yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik perancangan pengajaran untuk topik yang sama atau berlainan atau untuk pengajaran mata pelajaran lain yang sepadan. Aktiviti dalam fasa penilaian ini meliputi  :-


# Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk memastikan untuk memastikan murid-   murid   dapat melaksanakan tugasan pembelajaran secara optima. Setiap langkah yang dilaksanakan perlu dinilai semula untuk tujuan penambahbaikan.

# Membuat refleksi 



Disediakan oleh :
Suriani bt. Abd. Ghani
731202115148


Sumber :-
www.slideshare.net
shamsina_gurupendidikan islam.blogspot.com










  








No comments:

Post a Comment